SELAMAT DATANG

Sunday, January 31, 2010

DUNIA INTERNET

Malaysia antara sebuah negara yang semakin membangun dalam bidang teknologi..


Herm cakap sal internet ni saya nak citer cket..ape tu internet?k lah,yg sebenarnye..
internet ni ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yg disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecik dan bergerak lebih perlahan... serta mempunyai banyak maklumat untuk dicapai oleh sesape saje, dan menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia... pergh hebat kan???sampai seluruh dunia tu..So,boleh la manusia kat seluruh dunia ni berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit je...mcm nak ym ke ,facebook,tagged sumenye bleh.janji kene ade internet la..
kalau xcakap pon korang sume mesti dah tahu kan yg internet karang ni semakin popular, sume maklumat bleh cari cuma kat ujung jari kite je...dah jadi sebahagian daripada hidup kite.kalau korang nak taw,mula2 sekali Internet ni cume ade dalam sistem pendidikan, perbadanan, kerajaan atau agensi lain je, sebab kos die mahal dan sukar untuk mendapatkan laluan ke Internet. karang ni, Internet boleh disambung melalui pelbagai kaedah menggunakan khidmat komersil atau Penyedia Khidmat Internet (Internet Service Provider- ISP) yang semakin bertambah bilangannya. ..
Herm..dah terang lagi bersuluh, karang ni Internet tidak lagi terhad kepada pakar teknikal atau individu yang pandai komputer je,Sesape je yang ade laluan komputer boleh menggunakan Internet sebelum dekad ini berakhir.. kirenye Internet ni akan terus berubah dan berevolusi...disebabkan perkembangan arus kemodenanTeknologi baru akan terus muncul dan menyebabkan sesetengah teknologi sekarang menjadi usang. Walaupun Internet berada pada tahap perkembangan awal, inilah masanya untuk kite sume meneroka dan menjelajahi maklumat yang begitu banyak yang didapati pada Internet...
Pertumbuhan Internet yang pesat telah mewujudkan cara baru untuk kite berkomunikasi...kalau chating bleh jimat topup cket.hehehe...

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

Dalam bidang pendidikan, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.