SELAMAT DATANG

Sunday, February 28, 2010

KEAYUAN WANITA SOLEHAH

"wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"


Keayuan semulajadimu,wahai saudariku lebih menarik dari pancaran matahari.kewangian budi pekertimu lebih harum daripada minyak kasturi..dan kelembutanmu,lebih halus dari hujan gerimis...kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan,kerelaanmu serta iffah dan maruah....
keayuan wanita solehah bukanlah perhiasan dari emas atau perak...tetapi solat dua rakaat menjelang subuh,dahagamu di tengah hari yg panas kerana puasa,airmata taubat,sujud panjang kepada Allah,dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista..pakailah pakaian taqwa,kerana kita akan menjadi wanita tercantik di dunia...insyaAllah

NASIB SI KECIL



kisah sadis ini berlaku keatas sorang anak kecil yg tidak berdosa...safia humaira merupakan anak kecil yg telah didera oleh sang kekasih ibunya sendiri..kejam itulah ungkapan yg sesuai bg pembunuh anak kecil ini.taktala baru melihat dunia ciptaan tuhan,dia telah dijemput ilahi dalam keadaan yg menyayat ati...anak comel itu baru 3 tahun hidup di muka bumi ini tetapi terpakse menjalani kehidupan yg penuh dengan penyeksaan...dia didera,dipukul,dipijak dan disepak sehingga menemui ajal......takziah
sumber:Akhbar kosmo

KHASIAT BUAH-BUAHAN

Asyik2 citer sal teknologi..k lah,nak share ngan korang sume sal khasiat buah-buahan ni.banyak-banyak la makan buah eh....baik untuk kesihatan.

BUAH STRAWBERRY
-mengandunngi provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas

BUAH APPLE
- mengandungi vitamin A, B dan C.
- Apple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- Apple mempunyai khasiat dan fungsi kesihatan lain seperti :
a. menjaga kecantikan kulit.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

BUAH PEAR
- pear mengandungi vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandungi anti oksidan yang baik untuk menjaga kesihatan.
- pear dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menurunkan demam atau panas dalam tubuh badan.
b. menghilangkan batuk

ULANG TAHUN ISS KE-10





Sempena ulang tahun ISS yg ke-10 baru-baru ni,saya nak kongsi la cket ape yg saya bace sal ISS ni...kalau korang nak taw,Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang merupakan salah satu projek angkasa lepas terbesar dan pusat pelancaran bagi meneroka sistem suria termasuk planet Marikh...Herm bangga jgak la sebab Malaysia bjaye antar sorang wakil.sape lg kalau bukan Dr Sheikh Muzaffar.....


Terletak dalam orbit kira-kira 350 kilometer dari Bumi, ISS mempunyai sekumpulan krew tetap daripada tiga angkasawan yang tinggal di dalam stesen itu selama beberapa bulan..lame jgak tu.xboring ke eh??
sebenarnye,Amerika Syarikat (AS) telah membiayai sejumlah projek yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$100 bilion (RM360 bilion) ...erm banyak pelaburan yg dibuat.
Sebanyak 15 buah lagi negara turut memberi sumbangan termasuk Rusia, Jepun, Kanada, Brazil dan 11 buah negara anggota Agensi Angkasa Lepas Eropah.
Stesen itu juga merupakan ujian untuk teknologi yang membolehkan manusia tinggal dalam satu persekitaran yang dikawal.Herm....antara cabaran yang perlu dihadapi dalam persekitaran itu adalah seperti mengitar semula air kencing untuk dijadikan air minuman....tpakse la dieorang minum jgak.
Mereka ni tpakse menanam tanaman makanan...coz ISS menguji teknologi yang diperlukan untuk tujuan tinggal dengan lebih lama di luar planet....
Kemusnahan kapal angkasa Columbia pada 2003 ketika memasuki semula ruang atmosfera Bumi telah menangguhkan kerja-kerja di ISS selama dua tahun....

LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM BAHASA

Matlamat:


Menjadikan Teknologi Maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju.


Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional.


Sebagai satu medan ilmu untuk membincangkan bagaimana kaedah yang paling berkesan memastikan Bahasa Malaysia tidak terus terpinggir.

Berusaha agar Bahasa Malaysia dan teknologi maklumat mampu bergerak seiring sebagai alat perpaduan seluruh pengguna di dunia yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dalam rangkaian maklumat.


Berusaha agar semua pihak terlibat dalam membantu Bahasa Malaysia menembusi pasaran dunia dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai saluran.


Berusaha meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang utama digunakan dalam media maklumat dan menyakinkan masyarakat tentang keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.


Penggunaan Bahasa Malaysia yang luas dalam teknologi maklumat seperti 'Homepage' membantu mereka yg menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa harian untuk sesame memperoleh dan tidak ketinggalan dlm mendapatkan maklumat.


Sebagai medan perbincangan berkaitan dengan implikasi terhadap budaya dan bahasa bangsa sekiranya teknologi maklumat disalahgunakan.

Friday, February 26, 2010

KAHWIN ONLINE???

"perkahwinan adalah ikatan yang sah dan diredhai oleh Allah"


Sekarg ni nak kawen pon da senang....citer tebaru yg saya bace Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan orang Islam di negeri ini secara online yang dikenali e-munakahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri Abdul Malik Abdul Kassim berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaraan perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah. "Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). "Sistem yang boleh dilayari melalui laman web e-munakahat.penang.gov.my itu dilancarkan hari ini dan pengguna boleh mendapat maklumat terperinci atau menyemak berkaitan perkahwinan dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan je..mudah kan??semuanye secara online...

TEKNOLOGI NANO

Herm nak citer cket sal teknologi ni..yg terbaru ni pasal teknologi nano.mesti korang xtahu sal teknologi nano ni kan?k yg sebenarnye..''Teknologi nano ni adalah ilmu yang menggabungkan pelbagai ilmu sains seperti kimia, fizik, biologi, kejuruteraan serta sebagainya dalam menghasilkan sesuatu produk menerusi penyelidikan dan pembangunan.Kirenye gabungan sains n teknologi la...sebagai pelajar kite seharusnye merebut peluang untuk kuasai ilmu dalam teknologi nano ni coz bidang ni sebenarnye menawarkan bidang kerjaya yg cukup banyak.so,xde la pengangguran lg dalam kalangan pelajar universiti...untuk memantapkan lagi perkembangan teknologi nano ni,ade baiknye subjek teknologi nano ni d'perkenalkan kat sekolah rendah.Budak2 zaman sekarang ni memang pandai teknologi,xmacam budak2 zaman dulu.so,subjek ni secara xlangsung dapat tarik minat pelajar sekolah.kalau korang nak tahu,pendedahan pada usia muda amat penting bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja faham tentang teknologi nano tetapi memahami keperluan teknologi berkenaan dalam kehidupan manusia 10 atau 20 tahun akan datang...

Tuesday, February 9, 2010




Gratisan Musik