SELAMAT DATANG

Sunday, March 28, 2010

FILEM TEKNOLOGI TERBAIK

1. THE MATRIX (1999)
Filem yang mengabungkan turutan aksi yang menarik dan penggunaan perkakasan teknologi "otak" yang canggih. Gabungan antara fantasi dan realiti.

the-matrix

Filem The Matrix

2. WAR GAMES (1983)
Sebuah filem mengenai pengodam (hacker) yang hidup dalam dunianya sendiri. Watak utama dalam filem ini berjaya memecah masuk ke dalam sistem komputer kerajaan dan melumpuhkan seluruh dunia.

3. STAR WARS: EPISODE 1 THE PHANTOM MENACE (1999)
Filem ini mempunyai ratusan watak digital dan perlumbaan pod yang menarik. Antara watak yang menarik perhatian ialah Jar Jar Binks dan ia juga merupakan antara watak yang paling dibenci oleh para penonton.

4. BLADE RUNNER (1982)
Gambaran masa hadapan Los Angeles yang dimusnahkan oleh teknologi.

5. TOY STORY (1995)
Filem animasi 3D yang pertama dan ia telah membuka jalan kepada puluhan filem animasi 3D selepasnya. Filem ini memerlukan 800,000 jam untuk direnderkan dan menggunakan 118 komputer berasaskan SPARC.

6. JURASSIC PARK (1993)
Filem pertama yang mengabungkan grafik berkomputer (CG) dengan aksi hidup. Hanya dinosaur sahaja yang menarik... yang lain tidak!

7. TERMINATOR 2: JUDGMENT DAY (1991)
Kisah robot yang paling menarik dan aksi T-1000 adalah kejayaan kepada dunia grafik berkomputer.

8. THE ABYSS (1989)
Filem pertama diterbitkan menggunakan THX Laserdisc. Ia juga menggunakan teknologi CG yang canggih dan kolam air sebesar 7 juta gelen.

9. THE LAST STARFIGHTER (1984)
Kesan khas filem ini adalah yang pertama dihasilkan dengan menggunakan komputer. Walaupun plotnya kurang menarik tetapi sebuah batu loncatan untuk teknologi filem.

10. INDEPENDENCE DAY (1996)
Dalam filem ini dunia diselamatkan oleh sebuah virus komputer!

Sumber Maklumat: Majalah PC

0 comments: