SELAMAT DATANG

Sunday, March 28, 2010

GANGGUAN SKRIN BARU....

Ketika menggunakan Windows XP, ia mungkin tiba-tiba lumpuh, terhenti atau diganggu oleh skrin warna biru. Gangguan ini merupakan ralat terhenti yang dipanggil Blue Screen of Death (BSOD) atau Stop Error...

skrin_biru

Gangguan Skrin Biru

  • Ralat perisian ketika operasi Windows.

Perisian atau driver peranti yang dipasang dalam PC mungkin memiliki ralat atau masalah yang menyebabkan ralat terhenti, secara tetap atau dalam keadaan tertentu

  • Ralat perkakasan semasa Windows beroperasi.

Jika peranti gagal berfungsi atau ditanggalkan ketika Windows beroperasi, atau perkakasan tidak menyokong sepenuhnya Windows XP, maka ralat terhenti bagi perkakasan akan berlaku. Selain itu, maklumat BIOS yang sudah lapuk mungkin juga puncanya.

* Ralat DLL yang tidak serasi.
Windows memuatkan DLL ke dalam memori apabila ia diperlukan oleh sesebuah aplikasi. Jika versinya berubah, maka di lain ketika aplikasi memuatkan DLL ini, ia mungkin berbeza daripada apa yang dijangka oleh aplikasi tersebut. Masalah ini juga boleh menyebabkan ralat.


Sumber Maklumat: Majalah PC

0 comments: