SELAMAT DATANG

Sunday, March 28, 2010

GANGGUAN SKRIN BARU....

Ketika menggunakan Windows XP, ia mungkin tiba-tiba lumpuh, terhenti atau diganggu oleh skrin warna biru. Gangguan ini merupakan ralat terhenti yang dipanggil Blue Screen of Death (BSOD) atau Stop Error...

skrin_biru

Gangguan Skrin Biru

  • Ralat perisian ketika operasi Windows.

Perisian atau driver peranti yang dipasang dalam PC mungkin memiliki ralat atau masalah yang menyebabkan ralat terhenti, secara tetap atau dalam keadaan tertentu

  • Ralat perkakasan semasa Windows beroperasi.

Jika peranti gagal berfungsi atau ditanggalkan ketika Windows beroperasi, atau perkakasan tidak menyokong sepenuhnya Windows XP, maka ralat terhenti bagi perkakasan akan berlaku. Selain itu, maklumat BIOS yang sudah lapuk mungkin juga puncanya.

* Ralat DLL yang tidak serasi.
Windows memuatkan DLL ke dalam memori apabila ia diperlukan oleh sesebuah aplikasi. Jika versinya berubah, maka di lain ketika aplikasi memuatkan DLL ini, ia mungkin berbeza daripada apa yang dijangka oleh aplikasi tersebut. Masalah ini juga boleh menyebabkan ralat.


Sumber Maklumat: Majalah PC

FILEM TEKNOLOGI TERBAIK

1. THE MATRIX (1999)
Filem yang mengabungkan turutan aksi yang menarik dan penggunaan perkakasan teknologi "otak" yang canggih. Gabungan antara fantasi dan realiti.

the-matrix

Filem The Matrix

2. WAR GAMES (1983)
Sebuah filem mengenai pengodam (hacker) yang hidup dalam dunianya sendiri. Watak utama dalam filem ini berjaya memecah masuk ke dalam sistem komputer kerajaan dan melumpuhkan seluruh dunia.

3. STAR WARS: EPISODE 1 THE PHANTOM MENACE (1999)
Filem ini mempunyai ratusan watak digital dan perlumbaan pod yang menarik. Antara watak yang menarik perhatian ialah Jar Jar Binks dan ia juga merupakan antara watak yang paling dibenci oleh para penonton.

4. BLADE RUNNER (1982)
Gambaran masa hadapan Los Angeles yang dimusnahkan oleh teknologi.

5. TOY STORY (1995)
Filem animasi 3D yang pertama dan ia telah membuka jalan kepada puluhan filem animasi 3D selepasnya. Filem ini memerlukan 800,000 jam untuk direnderkan dan menggunakan 118 komputer berasaskan SPARC.

6. JURASSIC PARK (1993)
Filem pertama yang mengabungkan grafik berkomputer (CG) dengan aksi hidup. Hanya dinosaur sahaja yang menarik... yang lain tidak!

7. TERMINATOR 2: JUDGMENT DAY (1991)
Kisah robot yang paling menarik dan aksi T-1000 adalah kejayaan kepada dunia grafik berkomputer.

8. THE ABYSS (1989)
Filem pertama diterbitkan menggunakan THX Laserdisc. Ia juga menggunakan teknologi CG yang canggih dan kolam air sebesar 7 juta gelen.

9. THE LAST STARFIGHTER (1984)
Kesan khas filem ini adalah yang pertama dihasilkan dengan menggunakan komputer. Walaupun plotnya kurang menarik tetapi sebuah batu loncatan untuk teknologi filem.

10. INDEPENDENCE DAY (1996)
Dalam filem ini dunia diselamatkan oleh sebuah virus komputer!

Sumber Maklumat: Majalah PC

Saturday, March 27, 2010

KEBAIKAN INTERNET

Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.


Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)

Thursday, March 25, 2010

JOM BELAJAR BAHASA JEPUN!!!

Hai sume..jom belajar bahasa jepun..

Sunday, February 28, 2010

KEAYUAN WANITA SOLEHAH

"wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"


Keayuan semulajadimu,wahai saudariku lebih menarik dari pancaran matahari.kewangian budi pekertimu lebih harum daripada minyak kasturi..dan kelembutanmu,lebih halus dari hujan gerimis...kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan,kerelaanmu serta iffah dan maruah....
keayuan wanita solehah bukanlah perhiasan dari emas atau perak...tetapi solat dua rakaat menjelang subuh,dahagamu di tengah hari yg panas kerana puasa,airmata taubat,sujud panjang kepada Allah,dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista..pakailah pakaian taqwa,kerana kita akan menjadi wanita tercantik di dunia...insyaAllah

NASIB SI KECIL



kisah sadis ini berlaku keatas sorang anak kecil yg tidak berdosa...safia humaira merupakan anak kecil yg telah didera oleh sang kekasih ibunya sendiri..kejam itulah ungkapan yg sesuai bg pembunuh anak kecil ini.taktala baru melihat dunia ciptaan tuhan,dia telah dijemput ilahi dalam keadaan yg menyayat ati...anak comel itu baru 3 tahun hidup di muka bumi ini tetapi terpakse menjalani kehidupan yg penuh dengan penyeksaan...dia didera,dipukul,dipijak dan disepak sehingga menemui ajal......takziah
sumber:Akhbar kosmo

KHASIAT BUAH-BUAHAN

Asyik2 citer sal teknologi..k lah,nak share ngan korang sume sal khasiat buah-buahan ni.banyak-banyak la makan buah eh....baik untuk kesihatan.

BUAH STRAWBERRY
-mengandunngi provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas

BUAH APPLE
- mengandungi vitamin A, B dan C.
- Apple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- Apple mempunyai khasiat dan fungsi kesihatan lain seperti :
a. menjaga kecantikan kulit.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

BUAH PEAR
- pear mengandungi vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandungi anti oksidan yang baik untuk menjaga kesihatan.
- pear dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menurunkan demam atau panas dalam tubuh badan.
b. menghilangkan batuk