SELAMAT DATANG

Sunday, January 31, 2010

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

Dalam bidang pendidikan, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

0 comments: