SELAMAT DATANG

Sunday, February 28, 2010

LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM BAHASA

Matlamat:


Menjadikan Teknologi Maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju.


Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional.


Sebagai satu medan ilmu untuk membincangkan bagaimana kaedah yang paling berkesan memastikan Bahasa Malaysia tidak terus terpinggir.

Berusaha agar Bahasa Malaysia dan teknologi maklumat mampu bergerak seiring sebagai alat perpaduan seluruh pengguna di dunia yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dalam rangkaian maklumat.


Berusaha agar semua pihak terlibat dalam membantu Bahasa Malaysia menembusi pasaran dunia dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai saluran.


Berusaha meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang utama digunakan dalam media maklumat dan menyakinkan masyarakat tentang keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.


Penggunaan Bahasa Malaysia yang luas dalam teknologi maklumat seperti 'Homepage' membantu mereka yg menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa harian untuk sesame memperoleh dan tidak ketinggalan dlm mendapatkan maklumat.


Sebagai medan perbincangan berkaitan dengan implikasi terhadap budaya dan bahasa bangsa sekiranya teknologi maklumat disalahgunakan.

0 comments: